Penyelidikan, perundingan & penerbitan dalam era pengkorporatan universiti

Abstract

Kertas perbincangan ini disediakan untuk tujuan membincangkan isu yang berkaitan dengan penyelidikan, perundingan dan penerbitan dalam era pengkorporatan Universiti Utara Malaysia. Ketiga-tiga aspek ini amat penting kerana ia merupakan tulang belakang yang menyokong program akademik di samping kewujudannya yang selari dengan kepakaran akademik serta bidang kecemerlangan universiti. Tanpa aktiviti penyelidikan yang mantap, perundingan yang profesional serta penerbitan akademik yang cemerlang, adalah sukar sesebuah universiti mendakwa ianya mempunyai tenaga pakar dalam bidang tertentu. Di samping itu, isu yang berkaitan dengan keseimbangan di antara peri pentingnya pengembangan serta penyebaran ilmu dengan kos yang tinggi dalam menjalankan penyelidikan yang bermutu menjadi titik persoalan penting dalam usaha sesebuah universiti dikorporatkan. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian: Analisis Keadaan Masa Kini (melihat kepada status quo serta permasalahan); Cabaran dalam Era Pengkorporatan (batasan yang mungkin dihadapi) dan; Kaedah dan Proses (meneliti tatacara/alternatif untuk menghadapi era pengkorporatan

    Similar works