research

Rukun Negara dalam memperkukuhkan ketahanan negara

Abstract

Ketahanan nasional adalah pokok persoalan yang mengundang pengisian dari pelbagai disiplin ilmu-pengetahuan. Justeru, persoalan-persoalan yang berbangkit adalah mengenai setiap aspek kehidupan individu dan masyarakat dalam sesebuah negara. Ketahanan nasional adalah mengenai hal-ehwal sosial yang berterusan kerana liku-liku yang ditempuhi adalah cabaran yang terpaksa didepani. Rukun Negara adalah suatu ideologi untuk menyeragamkan fahaman dikalangan pelbagai kelompok etnik. Malah, Rukun Negara juga adalah hasrat yang perlu diterapkan untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar patriotik dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan. Kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerap nilai budaya yang murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia. Secara umumnya, ideologi negara, iaitu Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Satu daripada objektif Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Walaupun negara kita mengejar arus kemajuan namun Rukun Negara perlu sentiasa di hayati oleh rakyat kerana pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia

    Similar works