Pelancongan warisan: Satu tinjauan global

Abstract

Dewasa ini, aktiviti perjalanan untuk mengunjungi destinasi berteraskan warisan telah berkembang dengan pesat. Warisan apabila digabungkan dengan aktiviti kesenggangan dan pelancongan boleh dikategorikan sebagai salah satu komponen yang penting dan sedang membangun dengan pesat dalam fenomena pelancongan dunia (Martin & Mason, 1992; Waters, 1994; Herbert, 1995; Alzua et al. 1998). Menurut Richards (2000), WTO telah menyatakan yang pelancongan budaya dan warisan merupakan segmen penting daripada keseluruhan permintaan pelancong dan mewakili sebanyak 37 peratus daripada pelancongan antarabangsa

    Similar works