Budaya dan warisan negara sebagai pemangkin kepada pelancongan lestari

Abstract

Elemen budaya, seni dun warisan amat berkait rapat dalam memajukan sektor pelancongan negara. Aktiviti pelancongan budaya ini meliputi lawatan ke muzium, pesta kesenian, kawasan warisan, persembahan budaya dan juga bangunan-bangunan bersejarah. Tarikan budaya yang bersifat autentik (asli) ini mampu mendidik dan meningkatkan pengetahuan di samping memberi hiburan kepada pengunjung. Strategi yang telah diguna pakai di United Kingdom dan Amerika Syarikat telah dikenal pasti melalui pengalaman serta kejayaan institusi budaya dan warisan luar negara menarik lebih banyak pengunjung ke destinasi mereka. Strategi ini turut dimuatkan dalam kertas kerja ini sebagai model kepada pelancongan berasaskan budaya dun warisan. Kertas kerja ini cuba membincangkun budaya dan warisan sebagai pemungkin kepada pelancongan lestari. Ini memandangkan jenis pelancongan ini merupakan segmen yang berkembang pantas dalam pasaran hari ini dan juga permintaan untuknya semakin berkembang. Kajian berkaitan dengan profil pelancongan ke destinasi ini perlu dilakukan untuk memajukan lagi budaya dan warisan sebagai pemangkin kepada pelancongan lestari

    Similar works