Filem Islam sebagai produk ICT: Satu analisis tentang konsep dan sikap IPT di Malaysia

Abstract

Genre filem boleh dikatakan sebagai medium terbaru yang boleh digunakan oleh umat Islam bagi tujuan menyebarkan idealism Islam secara efektif. Namun begitu, hal ini semacam kurang diberikan perhatian oleh kalangan sarjana Islam amnya dan warga institusi pendidikan Tinggi Islam khususnya. Sepatutnya, bersesuaian dengan nisbah agent of change yang dikaitkan dengan ulamak dan institusi pendidikan tinggi Islam, paradigma negatif seperti ini tidak harus berlaku, kerana kedua-duanya perlu mengamalkan sikap yang lebih proakktif di dalam menangani medium filem ini. Atas dasar ini, kajian ini yang lebih merupakan dapatan awal daripada kajian UMRG RG005/09HNE yang bertajuk Pembangunan Filem Islam di Malaysia, akan cuba mendedahkan sikap warga IPT Islam terpilih di Malaysia tentang konsep filem Islam semasa. Ianya dibahagikan kepada empat bahagian yang utama. Pertama, pengenalan tentang teori pilihan yang berkaitan dengan fokus kajian: konsep filem moden dan kedudukan paradigma pemikiran Islam semasa. Kedua, metodologi kajian yang pilih. Ketiga, Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia dan pengajian perfileman. Keempat, analisis terhadap sikap warga IPT Islam terhadap konsep filem Islam. Kelima, rumusan dan kesimpulan

    Similar works