Transformasi Pekan Parit ke arah mencari kesejahteraan hidup masyarakat dan kelestarian alam sekitar: Satu tinjauan awal

Abstract

Isu yang diutarakan dalam penelitian ini adalah berkenaan dengan tiga cabaran utama dalam mencari kesejahteraan hidup masyarakat dan kelestarian alam sekitar di Pekan Parit Raja ekoran daripada tekanan pembangunan iaitu “Transformasi Pekan Parit Raja”, “Daya Huni Bandar” dan “Kelestarian masyarakat dan alam sekitar”. Ketiga-tiga cabaran ini merupakan aspek penting yang diteliti bagi menentukan perubahan sosioekonomi penduduk setempat, mengetahui keperluan dan kehendak penduduk setempat mengikut ruang dan masa dan akhirnya dapat membentuk indeks kesejahteraan hidup untuk bandar kecil Parit Raja. Untuk itu konsep transformasi, pembangunan lestari, daya huni bandar dan kualiti hidup akan diteliti bagi menjawab kepada persoalan kajian. Selain itu, aspek sosio ekonomi dan persekitaran fizikal akan dikaji bagi melihat sejauhmana ketahanan alam sekitar dalam menghadapi perubahan di Pekan Parit Raja. Pentingnya kesejahteraan hidup masyarat di Pekan Parit Raja dikaji kerana adanya pertambahan penduduk yang pesat, ekonomi dan pasaran yang mendadak yang telah menimbulkan satu keadaan di mana, kemungkinan sebahagian masyarakatnya mendapat impak yang positif dan sebahagiannya lagi mendapat impak negatif. Pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna, kerana ia merupakan khazanah alam yang amat berharga. Kepentingannya kepada generasi kini dan akan datang dalam mengenali dan menghargai warisan tersebut daripada kepupusan sememangnnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Justeru, diharapkan kajian ini akan dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar di Pekan Parit Raja supaya ianya tidak terpinggir

    Similar works