research

Penggunaan WWW sebagai medium pendidikan interaktif

Abstract

World Wide Web (atau WWW) merupakan media komunikasi tanpa sempadan yang semakin mendapat perhatian ramai. WWW berpontensi digunakan untuk pelbagai aktiviti yang memerlukan capaian dan maklum balas yang pantas dan berkesan.Pelbagai sumber boleh didapati di WWW. Sumber tersebut boleh dieksploitasi dan digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan WWW sebagai medium pendidikan, telah lama mendapat perhatian ahli akademik. Walau bagaimanapun, WWW sahaja tidak menjamin pembelajaran dan pengajaran yang interaktif. Oleh sebab itu, kertas kerja ini mencadangkan satu model pendidikan interaktif melalui WWW. Model tersebut menggabungkan Sistem Tutor Pintar dan antaramuka yang interaktif bagi menghubungkan pelajar, pendidik dan isi pembelajaran

    Similar works