research

Teori pascamoden dan krisis sosial: Penjelasan teori ke atas fenomena sosial

Abstract

Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa teori pemikiran postmodernism dan cuba mengenalpasti elemen-elemen utama teori tersebut. Turut dibincangkan ialah mengenai perubahan pemikiran dalam era pascamoden dan implikasi pemikiran tersebut ke atas fenomena sosial hari ini. Kejatuhan teori besar dan munculnya teori-teori kecil membawa kepada kemajmukan pemikiran dalam postmodernism sehingga menyebabkan rasionaliti perseorangan di angkat menjadi sebagai hukum dalam merasionalisasikan tindakannya dalam sesuatu komuniti dan masyarakat. Keadaan ini sedemikian dikaitkan dengan munculnya beberapa fenomena krisis sosial yang berleluasa akibat daripada pemikiran era pascamoden yang lebih bersifat mementingkan individu atau ahli masyarakat itu sendiri sehingga timbulnya krisis kepentingan di mana nilai individu itu melebihi kepentingan sesebuah masyarakat. Kertas ini akan mengaitkan masalah keteraturan sosial yang compang-camping disebabkan oleh kejatuhan grand theory ini. Beberapa isu akan diutarakan dan akan mengaplikasi beberapa pemikiran pascamoden dalam memahami krisis masyarakat. Akhir sekali implikasi ke atas masyarakat masa depan akan dibincangkan jika pemikiran sebegini dibiarkan berleluasa dan menjadi dogma pemikiran dalam sains sosial. Cadangan akan dibuat dalam mengurangkan dan mengawal pemikiran pascamoden agar komuniti mutmainnah dapat dibangunkan dan lebih bertolak ansur ke atas keperluan manusia sejagat

    Similar works