research

Pemupukan akhlak muslim menurut pandangan Ibnu Miskawayh

Abstract

Pembentukan akhlak masyarakat berasaskan ajaran agama akan menjamin kualiti insan yang lebih beretika dan berakhlak tinggi. Pembentukan akhlak amat penting kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan iman. Sungguhpun fitrah semulajadi manusia adalah baik, ada ketikanya manusia mempunyai keinginan yang melencong dari kebaikan. Akhirnya dalam mengejar kemajuan kebendaan, manusia mengorbankan keluhuran akhlak dan rohani. Mereka menganggap hukum, nilai dan norma keagamaan sebagai penghalang kemajuan. Melihat kepada realiti semasa, satu pendekatan yang efektif dan signifikan amat diperlukan. Usaha memupuk akhlak yang baik di tengah budaya materialisme dan hedonisme, bukanlah satu tugas yang mudah. Sikap masyarakat Islam sendiri yang kurang prihatin terhadap nilai-nilai kemanusiaan, persaudaraan, keadilan dan kasih sayang menyebabkan berlaku gejala kelembapan umat dalam menangani masalah sosial. Kertas kerja ini akan membincangkan pendekatan tokoh akhlak Islam terkemuka iaitu Ibnu Miskawayh dalam menghadapi keruntuhan akhlak masyarakat pada zamannya iaitu zaman terputusnya wahyu dan bimbingan terus dari Allah dan Rasul-Nya sebagai panduan masyarakat hari ini

    Similar works