Pengajaran dan pembelajaran kursus pengurusan melalui media filem

Abstract

Dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat yang seiring dengan perubahan masa dan persekitaran telah membawa suatu perubahan yang ketara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar hari ini mempunyai kaedah pembelajaran yang berbeza. Terdapat banyak cabaran dalam mengajar kursus pengurusan. Antara yang menariknya ialah keperluan untuk membangunkan penghargaan pelajar terhadap perkaitan dan kompleksiti sesuatu subjek. Kebanyakan buku teks adalah berorientasikan kajian dan semua kenyataan didokumenkan dengan teratur berserta rujukan yang menyokong kajian-kajian tersebut. Ianya adalah berbentuk secara kognitif dan selari dengan pengurusan berasaskan bukti. Walau bagaimanapun perkaitan emosional dan penerimaan bahan-bahan tersebut biasanya adalah kurang. Ulasan karya dari kajian filem dan teori filem menyatakan beberapa ciri-ciri unik yang ada dalam filem yang menjadikannya sebagai satu bentuk alat pengajaran yang mempunyai kekuatan luarbiasa. Filem dapat merakam pengkayaan dan menyediakan cara yang menarik untuk memperkenalkan pelbagai konsep dan teori pengurusan yang abstrak yang berkaitan dengan individu dan organisasi.Filem dapat menjalankan beberapa fungsi dalam program pengajaran. Fungsi-fungsi ini bergantung kepada gaya pengajaran, matlamat pengajaran dan kandungan silabus. Walaupun terdapat banyak kebaikan mengenai penggunaan filem sebagai media pengajaran dan pembelajaran, ianya juga mempunyai beberapa kelamahan. Untuk kajian di masa hadapan, adalah dicadangkan penghasilan artikel-artikel tentang penggunaan filem serta senarai filem-filem yang bersesuaian yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan nilai-nilai dan konsep-konsep Islam terutama dalam kursus-kursus pengurusan

    Similar works