Pedagogi pengajian syariah di Malaysia: Analisis terhadap pengalaman Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Abstract

Sekiranya dilihat reformasi pengajian syariah di institusi pengajian tinggi Malaysia adalah amat memberangsangkan sekali sejajar dengan perkembangan arus globalisasi sekarang. Oleh yang demikian, demi memperkasakan reformasi pengajian syariah, kertas kerja ini akan cuba memperincikan pedagogi pengajian syariah serta perubahan paradigma pemikiran Islam di IPTA Islam Malaysia. Pada dasarnya kertas kerja ini lebih fokus kepada usaha tinjauan awal (pilot studies) daripada Projek UMRG (RG050/09HNE) yang bertajuk “Pengajian Syariah di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Indonesia: kajian perbandingan perspektif paradigma dan modul.” Mengikut tema kajian yang lebih meluas ini, kajian ini disusun khusus mengandungi beberapa bahagian yang utama; pertama, pengenalan; Kedua, teori perubahan pedagogi dan paradigma pemikiran Islam dalam tajdid pendidikan Islam di Malaysia; Ketiga, tajdid pengajian Syariah di APIUM: analisis pedagogi dan keempat, rumusan dan kesimpulan

    Similar works