research

Perpustakaan elektronik sebagai sumber maklumat global: Satu kajian penerokaan

Abstract

Pembangunan perpustakaan elektronik merupakan fenomena global yang selari dengan kewujudan zaman maklumat. Perpustakaan elektronik adalah inovasi dan transformasi daripada versi konvensional perpustakaan tradisional kepada penggunaan keupayaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai platform. Rasional pembangunan perpustakaan elektronik adalah unik di antara organisasi, namun dari segi falsafah ia adalah bertujuan untuk menjadi sumber rujukan masyarakat global. Kertas kerja ini secara khususnya membincangkan inisiatif‐inisiatif yang telah dilakukan bagi pembangunan perpustakaan elektronik dengan merujuk kepada projek khusus di dalam Negara dan luar Negara. Antara projek perpustakaan digital adalah Multimedia Library Link Project (Australia), Projek MyLib dan SIRIM Electronic Library (Malaysia), dan Globethics.net Library (Switzerland). Kajian penerokaan ini adalah menggunakan teknik analisis kandungan dengan menganalisis struktur dan kandungan perkhidmatan perpustakaan elektronik terpilih. Kemudian, kelebihan dan kelemahan perpustakaan eletronik dibincangkan dan cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan elektronik ini

    Similar works