research

Amalan pengurusan kualiti menyeluruh dalam proses pengajaran pengajaran dan pembelajaran

Abstract

TQM merupakan satu falsafah pengurusan yang berkembang secara berterusan berlandaskan idea beberapa orang guru kualiti seperti Deming, Juran, Feigenbaum , dan Ishikawa . Sejak kebelakangan ini, institusi pendidikan juga telah menunjukkan minat dan komitmen terhadap pelaksanaan TQM dalam bidang tertentu, namun penerapan prinsip TQM dalam bidang kurikulum terutama aspek pengajaran masih terhad. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan beberapa prinsip TQM yang relevan dan sesuai diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas seperti penglibatan secara menyeluruh, komitmen kepada kualiti, fokus kepada pelanggan, kepastian kualiti, mengurus berdasarkan fakta, ganjaran dan pengiktirafan serta kepimpinan pengurusan. Usaha penerapan ini penting untuk mewujudkan budaya kualiti di kalangan pelajar yang bakal memimpin dan mengurus organisasi masa hadapan

    Similar works