research

Imej Islam di media cetak : analisis kandungan akhbar mingguan di Malaysia

Abstract

Komunikasi massa adalah suatu proses di mana organisasi media menghasilkan dan menyalurkan maklumat atau mesej kepada khalayak ramai dan mesej-mesej ini akan dilihat, diguna dan difahami oleh penontonnya, sekaligus ianya mempengaruhi mereka. Oleh yang demikian, media dilihat mempunyai kesan yang kuat dalam mempengaruhi publik. Dalam hal ini media juga dilihat berperanan dalam menonjolkan bentuk imej yang tertentu. Imej Islam sejak akhir-akhir ini menjadi isu utama di seluruh dunia dengan pelaporan dalam pelbagai bentuk sama ada positif, negatif ataupun neutral. Imej negatif seperti keganasan, fundamentalis, radikal dan militan sering di kaitkan dengan Islam. Kajian ini cuba melihat imej yang ditonjolkan oleh akhbar mingguan di Malaysia berkaitan imej Islam. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh media cetak dalam proses membantu membentuk imej Islam. Dua akhbar mingguan berbahasa melayu iaitu Berita Minggu dan Mingguan Malaysia yang memperuntukkan ruangan khusus dalam setiap keluarannya mengenai agama Islam telah dipilih dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati wujud perbezaan di antara kedua-dua akhbar ini dalam melaporkan berita-berita Islam. Berita-berita Islam ini dikategorikan kepada empat iaitu tauhid, ibadat, akhlak dan perundangan. Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan kepada usaha mengembangkan dan menonjolkan imej Islam yang positif. Pihak pengendali kedua-dua akhbar ini juga dapat menilai berita-berita Islam yang dilaporkan dan diharapkan kajian ini memberikan input yang berguna dalam usaha mempertingkatkan imej Islam di mata duni

    Similar works