research

Himpunan Modul TMK Untuk Sekolah Siri 2

Abstract

Buku Himpunan Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Untuk Sekolah merupakan himpunan beberapa modul yang boleh membantu guru­ guru dalam membangunkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran .Modul-modul yang terkandung dalam buku ini adalah (1) Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembalajaran: Prezi; (2) Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran: Powtoon; (3) Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran: Smartboard; (4) Suntingan Gambar Foto; (5) Suntingan Video dan Gambar: Jing; (6) Pengurusan Pembelajaran: Edmodo. Pembangunan modul siri duo bertujuan membantu para guru dalam aspek pembangunan dan pengurusan bahan pengajaran bagi menghasilkan bahan-bahan pengajaran untuk kegunaan di sekolah. lni bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam kalangan guru untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan aplikasi TMK yang terkini. Dalam aspek pengurusan pula modul ini menggunakan salah satu Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) sedia ada bagi membantu guru dan pengajar dalam pengurusan bilik darjah secara atas talian. Buku ini menerangkan langkah demi langkah dalam setiap tajuk yang dinyatakan. Bagi memudahkan guru memahami proses yang berkaitan beberapa tips diberikan bagi memudahkan penggunaan modul ini

    Similar works