research

Hubungan antara kepimpinan spiritual dan komitmen organisasi dalam sektor perkhidmatan di Selangor

Abstract

Dalam era modenisasi kini, adalah amat penting untuk menggalakkan pekerja mencapai potensi kerja yang maksima. Kerohanian atau spiritual di dalam organisasi akan memupuk tenaga kerja yang lebih komited, kreatif, beretika, dan produktif yang seterusnya membawa kepada peningkatan prestasi organisasi (Fry, 2003). Peranan pemimpin amatlah penting bagi memacu organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Untuk itu, pemimpin perlu memahami bahawa seseorang itu perlu mencari makna kehidupan melalui kerja mereka (Fairholm, 1997). Selain itu, pekerja juga perlu melihat diri mereka sebagai insan rohani yang jiwa mereka memerlukan makanan di tempat kerja, yang mengalami rasa tujuan dan makna dalam pekerjaan mereka, dan rasa memerlukan antara satu sama lain dalam komuniti tempat kerja mereka (Milliman et al., 2003). Kepimpinan spiritual dianggap sebagai satu alternatif untuk membantu organisasi untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja dan mempunyai rasa tanggungjawab sosial korporat tanpa keuntungan, menjana pertumbuhan pendapatan, dan juga menjadi pengukur bagi pengurusan kewangan (Fry & Cohen 2009)

    Similar works