research

Pembelajaran teradun dalam kalangan pelajar UTHM

Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) atau PPPM (PT) merupakan dokumen strategik yang sedang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, yang menggariskan hala tuju pendidikan tinggi negara untuk tempoh bermula dari 2013 sehingga 2025. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menetapkan e-pembelajaran sebagai salah satu agenda utama dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Penggunaan serta penglibatan staf akademik dan pelajar dalam e-pembelajaran adalah amat ditekankan dan ia menjadi sebahagian daripada Indeks Utama Pencapaian (KPI) dalam PSPTN. Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) adalah kesinambungan daripada kajian semula PSPTN pada tahun 2007-2020 serta penyelarasan PPPM (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) pada tahun 2013-2025, yang bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara. Pelan ini mengandungi 10 lonjakan iaitu graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang, kecemerlangan bakat, menghayati pembelajaran sepanjang hayat, graduan TVET berkualiti, kemampanan kewangan, pemantapan tadbir urus, ekosistem inovasi, keunggulan global, pembelajaran dalam talian tahap global dan transformasi penyampaian pendidikan tinggi. Lonjakan ini akan menyokong lima aspirasi sistem pendidikan yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan bagi memangkin transformasi dan ia boleh menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk negara Malaysia (Kementerian pengajian Tinggi Malaysia, 2011)

    Similar works