Dalam arus pemodenan yang begitu pesat, pelbagai hasil rekaan produk yang kreatif dan berinovasi dihasilkan demi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian mereka. Rekaan sebegini mewujudkan persaingan yang sihat dan mampu meningkatkan pendapatan individu, syarikat, dan seterusnya negara. Hal ini tidak terkecuali dalam penghasilan produk-produk perabot. Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) mendapati bahawa industri perabot telah menyumbang sebanyak RM 22,498.3 juta kepada hasil eksport Malaysia pada 2019 (MTIB, 2020). Perabot yang dihasilkan bukan sahaja mementingkan tarikan luaran, malah ia perlu mempunyai kualiti yang tinggi serta memberi manfaat dan diterima oleh pengguna