research

Kerja baikpulih bangunan komersial yang terbengkalai di kawasan Melaka Tengah

Abstract

Industri pembinaan merupakan satu sektor yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi dan sebahagian besar sumbernya digunakan kearah pembangunan yang pesat dalam pentadbiran negara. Projek-projek mega seperti Kuala lumpur internationa airport (KLIA), Pusat pentadbiran kerajaan di putrjaya dan banyak lagi pembinaan bangunan komersial yang menjadi tanda aras perkembangan yang memberangsangkan. Selain dari itu, pembangunan bagi sesuatu kawasan menyebabkan pertambahan penduduk. Ini menunjuk industri binaan merupakan salah satu sektor yang menyumbang dalam pembangunan dari aspek sosial dan ekonomi kepada sesuatu kawasan. Walaupun banyak teknologi dalam industri pembinaan telah digunakan pada masa kini, ia masih lagi tidak dapat mengawal kehadiran bangunan yang terbiar di Malaysia dan kesan kewujudan bangunan terbiar itu mengakibatkan kerugian kepada pelbagai pihak dan mengancam keselamatan penduduk sekitarnya

    Similar works