research

Rak televisyen minimalis berkonsepkan bentuk geometri

Abstract

Dengan peningkatan kadar populasi yang sangat tinggi berbanding keluasan tanah menyebabkan peningkatan permintaan terhadap pemilikan rumah adalah lebih tinggi berbanding jumlah rumah yang dibina. Ini secara langsung menyebabkan harga pemilikan sesebuah kediaman menjadi lebih tinggi ataupun mahal. Atas faktor ingin meningkatkan jumlah pemilikan rumah kediaman, beberapa inisiatif diperkenalkan oleh pihak kerajaan mahupun syarikat pembinaan perumahan di Malaysia. Antara inisiatif tersebut termasuklah pembinaan rumah kediaman bersaiz kecil (kos rendah) berbanding saiz kediaman sebelumnya. Sebagai contoh, saiz purata kediaman bagi sebuah pangsapuri yang mudah didapati di bandar-bandar utama seluruh Malaysia adalah 875 kaki persegi, dimana kebiasanya kediaman jenis ini adalah bersaiz 550 ke 1200 kaki persegi (Uittenbroek, 2016)

    Similar works