research

Kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstract

Kecerdasan emosi dapat dijadikan sebagai panduan bagi mewujudkan pendidikan yang berkualiti serta sebagai asas pemerolehan ilmu pengetahuan bagi seseorang pendidik dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Namun begitu, adakah faktor umur dan pengalaman seseorang pendidik menjejaskan kecerdasan emosi mereka apabila meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kecerdasan emosi pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan menggunakan soal selidik berdasarkan model Goleman iaitu kesedaran kendiri, pengawalan kendiri, motivasi kendiri, empati dan kemahiran. Kajian tinjauan secara pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 210 orang pelajar DPLI yang berbeza kursus. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science versi 16.0 secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Nilai min dikira bagi menentukan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar DPLI. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar DPLI berada pada tahap yang tinggi (4.24). Hasil dapatan dari analisis inferensi iaitu ujian parametrik ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan umur serta pengalaman mengajar pelajar terhadap kecerdasan emosi. Oleh itu, keputusan analisis menunjukkan bahawa faktor umur dan pengalaman pelajar tidak menjejaskan kecerdasan emosi mereka dan tidak menghalang pelajar tersebut untuk cemerlang dalam pengajian yang diteruskannya

    Similar works