Baru-baru ini, penyongsang digunakan secara meluas dalam aplikasi industri.
Walaubagaimanapun, teknik Pemodulatan Lebar Denyut (PWM) diperlukan untuk
mengawal voltan keluaran dan frekuensi penyongsang. Dalam tesis ini, untuk
Pemodulatan Lebar Denyut Sinus Unipolar (SPWM) penyongsang tiga fasa adalah
dicadang menggunakan Pemproses Isyarat Digital (DSP). Satu model simulasi
menggunakan MATLAB Simulink dibangunkan untuk menentukan program
Pemodulatan Lebar Denyut Sinus Unipolar (SPWM) Program ini kemudian
dibangunkan dalam Pemproses Isyarat Digital (DSP) TMS320f28335. Hasilnya
menunjukkan bahawa voltan keluaran penyongsang tiga fasa boleh dikendalikan