research

Latihan mengajar : Keberkesanannya terhadap pelajar Diploma Kejuruteraan serta Pendidikan di KUiTTHO (Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn) menurut persepsi pelajar

Abstract

Kajian yang dijaiankan adaiah bertajuk "Latihan Mengajar : Kebersanannya Terhadap Pelajar Diploma Kejuruteraan berserta Pendidikan di KUiTTHO (Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Menurut Persepsi Pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meiihat sejauhmana keberkesanan program latihan mengajar terhadap pelajar yang telah melaluinya. Borang soalselidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya dianalisis untuk menghasilkan skor min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden memberikan reaksi positif terhadap keberkesanan program latihan mengajar. Hasil dari anaiisis kajian juga, pengkaji telah menghasilkan sebuah produk iaitu senarai semak yang boleh digunakan oleh pelajar yang akan menjalani program latihan mengajar supaya pelajar jelas dengan tindakan yang harus mereka ambil sebeium, semasa dan selepas menjalani latihan mengajar. Adaiah diharapkan agar produk ini dapat membantu untuk pelajar, pihak KUiTTHO dan seterusnya institusi tempat latihan mengajar supaya program ini dapat dilaksanakan dengan Iebih sempuma dan seterusnya mencapai objektif program latihan mengajar

    Similar works