research

Pendekatan coaching dalam meningkatkan prestasi pekerja dalam organisasi di Malaysia

Abstract

Program coaching di organisasi telah lama bertapak di Malaysia, namun begitu, kajian mengenai coaching masih pada tahap yang rendah. Setiap pekerja mempunyai bakat yang berbeza dan tertentu. Terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menyerlahkan bakat seseorang. Salah satu daripada kaedah-kaedah adalah melalui bimbingan pembimbing. Dengan nasihat dan pandangan daripada pembimbing, pekerja dapat menyerlahkan bakat dalam kerja yang diberikan, seterusnya melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi. Kajian ini adalah membincangkan mengenai pendekatan coaching dalam organisasi di Malaysia bagi meningkatkan prestasi pekerja. Setiap pekerja mempunyai set kemahiran dan pengetahuan yang berbeza apabila memasuki bidang pekerjaan. Pihak organisasi perlu melantik pembimbing yang sesuai yang akan ditugaskan untuk membantu pekerja menyesuaikan diri pada tempat yang baru. Mereka juga perlu membimbing pekerja mendapatkan set kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan di dalam unit yang baru agar bersesuaian dengan tugasan yang diberikan

    Similar works