Beban tugas guru merupakan isu yang berpanjangan bagi guru-guru di seluruh
Malaysia amnya dan bagi guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
khasnya. Isu ini masih membelenggu dan belum menemui jalan penyelesaiannya.
Antara faktor utama yang menyebabkan isu ini berlaku adalah kepimpinan guru
besar. Keadaan ini memberikan kesan kepada kepuasan kerja guru-guru PPKI.
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Hubungan Antara Kepimpinan
Guru Besar, Beban Tugas dan Kepuasan Kerja Guru PPKI bagi mengatasi isu beban
tugas guru PPKI. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah Sequential Exploratory
Design (SED) yang melibatkan kaedah kualitatif (temubual) dan kuantitatif (soal
selidik). Pada fasa pertama, pendekatan kualitatif digunakan. Temubual dijalankan
dan dianalisis secara analisis tematik. Pada fasa kuantitatif, elemen-elemen yang
diperoleh melalui analisis tematik, digunakan untuk membangunkan set soal selidik.
Seterusnya, kajian rintis dilakukan dan dianalisis menggunakan Model Pengukuran
Rasch dengan perisian Winstep. Soal selidik yang telah dikemaskini diedarkan
kepada 400 orang guru-guru PPKI dalam negeri Johor mengikut daerah. Data kajian
tersebut dianalisis menggunakan pendekatan Structural Equation Modelling (SEM)
dengan perisian AMOS 21. Hasil analisis menunjukkan setiap item dan dimensi
mencatatkan nilai factor loading >0.5 serta memenuhi kriteria kesepadanan bagi
membina Model Hubungan Antara Kepimpinan Guru Besar, Beban Tugas dan
Kepuasan Kerja Guru PPKI. Dapatan juga menunjukkan bahawa kepimpinan guru
besar mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap beban tugas guru.
Manakala beban tugas guru mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap
kepuasan kerja guru. Namun, konstruk kepimpinan guru besar mempunyai pengaruh
positif tetapi tidak signifikan terhadap kepuasan kerja guru. Implikasi pembangunan
Model Hubungan Antara Kepimpinan Guru Besar, Beban Tugas dan Kepuasan
Kerja Guru PPKI ini adalah untuk dijadikan rujukan kepada pihak guru besar di
PPKI dalam mengamalkan kepimpinan yang bersesuaia