research

Kesediaan pelajar politeknik kejuruteraan elektrik dalam menceburi bidang keusahawanan

Abstract

Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan pelajar bidang kejuruteraan elektrik di Politeknik bahagian zon selatan yang terdiri daripada Politeknik Melaka (PM), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Merlimau (PMM) dan Politeknik Port Dickson (PPD) dalam menceburi bidang keusahawanan. Seramai 291 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah berasaskan Model Integratif Keusahawanan Input dan Keluaran, Model Asas Proses Keusahawanan, Teori Tingkah Laku Terancang, Model Pembangunan Usahawan dan juga Model Proses Pembentukan Usahawan Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik yang mengandungi 73. Nilai kebolehpercayaan, Alpha Cronbach bagi instrument kajian adalah 0.957. Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 16.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus dan juga pekali korelasi. Dapatan kajian menunjukkan min bagi setiap elemen kesediaan yang dikaji ialah pengetahuan (3.60), kemahiran (min: 3.45), dorongan (min: 3.74), minat (min: 3.72), pengalaman (3.20) dan kepimpinan (min: 3.80). Manakala min bagi kekangan sikap ialah 2.56. Dapatan kajian juga mendapati bahawa hipotesis yang menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara minat keusahawan dan kepimpinan keusahawanan ditolak (r: 0.46). Berdasarkan kajian ini, dirumuskan bahawa elemen kesediaan keusahawanan bagi diri pelajar politeknik berada pada tahap sederhana

    Similar works