research

Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar aliran vokasional

Abstract

Analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 menunjukkan penurunan pencapaian bagi Sekolah Menengah Vokasional. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini juga ingin mengenalpasti gaya pembelajaran paling dominan yang diamalkan oleh pelajar serta melihat perbezaan gaya pembelajaran dengan jantina pelajar. Seramai 131 orang Pelajar Tingkatan Empat Kursus Vokasional Di Sekolah Menengah Vokasional Segamat di Johor telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Index of Learning Style (ILS) yang dibangunkan oleh Felder dan Silverman (1991) yang mengandungi 44 soalan telah digunakan untukh menjalankan kajian ini. Gaya pembelajaran pelajar dapat dilihat melalui empat dimensi gaya pembelajaran yang terdiri dari dua sub-skala yang bertentangan iaitu dimensi pelajar Aktif dan Reflektif, dimensi pelajar Konkrit dan Intuitif, dimensi pelajar Verbal dan Visual, serta dimensi pelajar Tersusun dan Global. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for WINDOW release 20.0 (SPSS.20.0). Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data dalam mengkaji hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Nilai pekali p yang diperolehi di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah (p=0.1 hingga 0.4). Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara dua pembolehubah tersebut. Kajian ini juga mendapati bahawa gaya pembelajaran yang menjadi amalan pelajar ialah gaya pembelajaran Tersusun. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan jantina pelajar

    Similar works