research

Keindahan konsep tauhid dalam rekabentuk motif-motif seni tradisi Melayu / Shaliza Dasuki … [et al.]

Abstract

Kertas penyelidikan ini membincangkan aspek penghayatan keindahan seni Melayu dalam konteks budaya sosial dan kepercayaan agama yang dianuti orang-orang Melayu. Ia melihat bagaimana konsep ketauhidan mempengaruhi budaya dan sosio-budaya orang-orang Melayu yang memberi kesan besar dalam menciptakan pelbagai rekabentuk motif dalam kesenian mereka. Dengan menggunakan kefahaman teori keindahan yang disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam menganalisa dan menginterpretasikan motif-motif yang dipilih untuk mencari hubungkait antara ketinggian nilai seni Islam dengan keindahan budaya Melayu. Orang Melayu yang betul pegangan agama Islamnya akan memahami bahawa pengajaran Tauhid itu merupakan tunjang utama dalam segala bentuk kepercayaan yang dia ada dan bagaimana dia menyolek dan menghiasi keimanannya itu kepada seluruh konteks kehidupannya sebagai seorang Islam

    Similar works