Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti kaedah pengekstrakan yang sesuai digunakan
untuk mengekstrak RNA dari sampel tisu ikan. Terdapat tiga kaedah yang telah diujikaji
iaitu kaedah reagen TRIZOL, kaedah asal Shirzadegan et al. (1991) dan kaedah
modifikasi Shirzadegan et al. (1991). Dalam kajian ini, ketiga- tiga kaedah tersebut
digunakan untuk menguji ketahanan sampel ikan bagi menentukan tempoh masa yang
sesuai untuk mengekstrak RNA bagi sampel yang disejukbekukan. Walaupun kaedah
reagen TRIZOL merupakan kaedah yang efektif dalam mengekstrak RNA dari sampel
manusia, tumbuhan dan haiwan, namun setelah digunakan untuk mengekstrak RNA dari
sampel tisu ikan, kualiti RNA yang didapati adalah rendah berbanding dengan kaedah
Shirzadegan et al. (1991). Dalam kajian ini juga, kaedah pengekstrakan RNA yang telah
dioptimumkan daripada kaedah asal Shirzadegan et al. (1991) telah diperkenalkan. Antara
pengoptimuman yang dilakukan pada kaedah modifikasi Shirzadegan et al.(1991) ialah (1)
pengurangan masa pengemparan, (2) pengurangan masa pemendakkan RNA, dan (3)
penambahan langkah pencucian pelet RNA. Kaedah modifikasi Shirzadegan et al. (1991)
dapat menghasilkan jumlah RNA sebanYak 75 - 791 µg I g tisu ikan, bergantung kepada
tisu ikan yang digunakan. Selain itu, ketahanan penimbal lisis juga diuji dengan
mengekstrak sampel ikan berdasarkan tempoh masa penyimpanan penimbal lisis pada
suhu 4°C. Penimballisis ini mengandungi 0.1 M LiCl, 1 % SDS, 0.1 M Tris-HC1, 0.01 M
EDT A dan fenol. Ia boleh digunakan sebagai kaedah pengekstrakan RNA altematif yang
murah dan mudah dikendalikan. Penimballisis dapat disimpan selama lebih dari 2 bulan
pada suhu 4°C. Kesimpulannya, kaedah modifikasi Shirzadegan et al. (1991) boleh
digunakan sebagai kaedah altematif untuk mengekstrak RNA dari sampel ikan tanpa
melibatkan penggunaan kit pengekstrakan RNA yang komersial