research

Pengaruh standard profesionalisme dan latihan terhadap komitmen pentadbir Sekolah Menengah Teknik di Malaysia

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh standard profesionalisme yang telah dilaksanakan oleh pentadbir berkaitan dengan komitmen terhadap organisasi khususnya dalam elemen-elemen yang berkaitan dengan standard profesionalisme iaitu pengetahuan, nilai, amalan dan latihan. Kajian tinjauan ini melibatkan sampel seramai 235 orang pentadbir Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Pemboleh ubah kajian telah diuji menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan korelasi Pearson, regresi linear dan regresi berganda. Kajian ini mendapati bahawa standard profesionalisme mempunyai hubungan yang signifikan terhadap komitmen organisasi serta kaitan dengan latihan yang diterima. Pengetahuan profesionalisme pula telah menyumbang sebanyak 34% terhadap komitmen organisasi. Hasil kajian juga mendapati bahawa nilai menyumbang 9.2% dan amalan menyumbang sebanyak 2.3% terhadap komitmen organisasi. Analisis lanjut mendapati bahawa komponen latihan merupakan elemen yang penting untuk mencapai tahap komitmen terhadap organisasi. Umumnya latihan perlu mengalami proses penambahbaikan yang berterusan supaya pentadbir dapat input baru dalam mentadbir berdasarkan standard profesionalisme dan pendekatan yang lebih sistematik serta berfokus. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini mencadangkan pihak-pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan peluang yang lebih luas kepada pentadbir yang baru berkhidmat untuk mengalami persekitaran pentadbiran dan pengurusan yang dapat membantu mereka membina kepercayaan kendiri

    Similar works