research

Penjagaan akal menurut perspektif Islam dalam konteks maqasid syariah / Fadhilah Adibah Ismail … [et al.]

Abstract

Kertas kerja konsep ini memfokuskan kepada kedudukan dan penjagaan akal menurut perspektif Islam dalam konteks maqasid syariah. Usaha atau pendekatan yang dapat menyuburkan fungsi akal manusia perlu sentiasa dilaksanakan seperti pemugaran budaya ilmu secara konsisten. Sebaliknya, perkara yang boleh merosakkan fungsi akal seperti penggunaan arak, dadah dan seumpamanya adalah dilarang. Selain itu, impak penggunaan gajet terhadap fungsi akal manusia turut dibincangkan. Penggunaan gajet di dalam Islam adalah tertakluk kepada batasan yang ditetapkan syarak iaitu selagi mana mendatangkan manfaat atau maslahah kepada pengguna. Sekiranya membawa kepada kemudaratan atau impak negatif yang boleh menjejaskan fungsi akal seperti kebergantungan dan ketagihan melampau, maka penggunaannya adalah dilarang. Kajian ini diharap dapat membantu pihak berkenaan dalam mengatasi penyalahgunaan gajet di kalangan remaja melalui pembinaan modul atau garis panduan bersesuaian yang bersifat komprehensif, seimbang dan praktikal

    Similar works