slides

Kimia organik: kumpulan berfungsi

Abstract

Buku Kimia Organik: Kumpulan Berfungsi ditulis khusus untuk semua yang memerlukan pengetahuan asas kimia organik sebagai tahap permulaan dalam bidang sains khususnya kimia, biokimia, dan biologi, kejuruteraan kimia, dan farmasi. Buku ini mengandungi sepuluh bab, memperkenalkan pengelasan sebatian organik mengikut kumpulan berfungsi, iaitu bahagian yang mencirikan sebatian organik yang terlibat dalam semua tindak balas. Setiap bab dilengkapi dengan pengenalan, sifat penamaan, penyediaan, tindak balas berserta mekanisme tindak balas, contoh soalan serta penyelesaian, ringkasan dan soalan latihan. Buku ini menekankan pemahaman kaitan antara satu kumpulan berfungsi dengan kumpulan berfungsi yang lain. Hidrokarbon merupakan rangka asas kepada semua sebatian organik. Pengikatan kumpulan berfungsi, hidroksil, karbonil, halogen dan amino kepada rangka hidrokarbon memberikan sebatian organik dengan kelas tertentu, iaitu alkohol, fenol, aldehid, keton, amina, asid karboksilik dan terbitan asid karboksilik. Di samping itu, pengubahsuaian satu kumpulan berfungsi kepada kumpulan berfungsi lain menggunakan reagen tertentu dibantu dengan mekanisme tindak balas untuk memahamkan konsep tindak balas kimia organik

    Similar works