Analisis dimensi dan similitud merupakan satu cabang ilmu yang menyelami fenomena alam. Memang banyak kejadian alam yang tidak mampu dirumuskan secara matematik. Ini kerana kejadian berkenaan amat kompleks. Sebagai contoh, perhatikan buih yang berada di atas permukaan air. Pertama, apabila air melanggar batu, maka terjadilah buih. Kemudian buihpun dialirkan pergi meninggalkan batu. Ketika mengalir tadi buih menyurih satu lintasan. Apakah mungkin dapat ditentukan bentuk surihan lintasan buih air itu? Ada ketika buih diam dan pada masa yang lain buih seakan–akan dialirkan Bolehkah ditentukan daya yang bertindak pada buih ini? Jawapannya boleh! Kaedahnya adalah dengan analisis dimensi. Buku ini sesuai sebagai rujukan dan panduan para pelajar kejuruteraan, terutamanya Kejuruteraan Mekanikal, Awam, dan Kimia di Institusi Pengajian Tinggi serta sebagai bahan bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dan memahami tentang fenomena alam