research

Perspektif pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem E-Learning di UTM

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perspektif pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning di UTM. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti perspektif pelajar terhadap sokongan instruksi, sokongan pengurusan, sokongan motivasi dan sokongan reka bentuk dalam sistem e-learning di UTM. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk sokongan pelajar yang diperlukan oleh pelajar dalam persekitaran sistem e-learning. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian yang terlibat adalah soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 79 orang pelajar tahun empat Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik, Fizik dan Kimia) Fakulti Pendidikan,UTM. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan instruksi, sokongan pengurusan, sokongan motivasi dan sokongan reka bentuk secara keseluruhannya adalah positif. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa responden memberi pandangan yang sederhana bahawa mereka suka menggunakan e-forum dan e-chat dalam e-learning untuk berhubung dengan rakan sekursus dan pensyarah. Kajian juga mendapati bentuk sokongan dalam motivasi seperti penilaian iaitu kuiz atau ujian secara online, online tutor dan e-mentor dalam sistem e-learning UTM adalah penting dan amat diperlukan oleh pelajar

    Similar works