research

Tahap Amalan Pengurusan Peperiksaan Dan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti tahapamalan pengurusan peperiksaan dan pengurusan kokurikulum di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Seramai 49 orang guru dari Sekolah Menengah Islam Hidayah telahdipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soalselidik kepada responden yang mempunyai 59 item. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 for Windows. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperolehi melalui kajian rintis ialah0.832. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pengurusan peperiksaan dan kokurikulum di SMIH berada pada tahap tinggi. Cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan

    Similar works