research

Persepsi Pelajar Tahun Tiga Dan Empat SPI, UTM Terhadap Institusi Kekeluargaan Islam

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi dan tahap pengetahuan pelajar-pelajar terhadap institusi kekeluargaan Islam. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga Islam dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap ahli keluarga. Kajian ini melibatkan responden seramai 88 orang dan semua responden terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 SPI di UTM. Analisis deskriptif dilakukan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan data kajian dan pemprosesan data yang diperolehi adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 14.0 for windows. Hasil kajian rintis yang telah dilakukan menunjukkan nilai-Cronbach’s Alpha 0.921. Dapatan min sebanyak 4.62 menunjukkan bahawa responden mengetahui perkara-perkara yang menjadi asas dalam pembinaan keluarga Islam, ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga Islam dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan responden telah memberikan maklum balas yang positif terhadap aspek yang telah dikaji. Pada akhir kajian, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan secara umum untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk pengkajian pada masa akan datang

    Similar works