research

Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap Makanan Berlogo Halal

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar tahun tiga Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap makanan berlogo halal. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pandangan pelajar berkaitan faktorfaktor yang diberi penekanan dalam pemilihan makanan serta kepentingan pemilihan makanan berlogo halal. Seramai 112 orang responden dalam kalangan pelajar tahun tiga Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi 30 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah ? = 0.817. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden member persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal adalah tinggi dengan nilai min 4.41. Manakala min bagi faktor-faktor yang diberi penekanan dalam pemilihan makanan adalah 4.10 dan min bagi kepentingan pemilihan makanan berlogo halal ialah 4.69. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang

    Similar works