Unsur Br (dan C1) juga) sering dikaitkan dengan logam Pb sebagai bahan pencemaran dari ekzos automobile, sehubungan dengan ini, kajian telah dijalankan bagi menganalisis unsure Br dan C1 di dalam sample minyak petrol daripada 6 buah syarikat pengeluar minyak petrol terkemuka di Negara ini. Nisbah C1/Br yang diperolehi adalah di antara 0.017 - 0.515, manakala nisbah puratanya ialah 0.322  0.200. Anggaran purata Br/Pb ialah 0.862, manakala nilai purata bagi C1/Pb ialah 0.195. Keputusan kajian tersebut menunjukkan bahawa nilai Br/Pb dan C1/Pb di dalam petrol tempatan tidak sama dengan yang terdapat di Negara-negara lain. Seterusnya faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan ini dibincangkan di dalam kertas kerja ini