research

Penyelidikan fundamental UTM: perkembangan dan cabaran

Abstract

Dalam era globalisasi dan k-ekonomi negara akan menghadapi cabaran perindustrian yang lebih mencabar dengan lebih fokus kepada pengukuhan produktiviti dan daya saing melalui pembangunan dan kemajuan teknologi. Dengan demikian negara akan memerlukan lebih ramai sumber tenaga yang kreatif dan inovatif sehingga mampu menghasilkan teknologi dan produk baru yang lebih kompetitif serta mampu bersaing di pasaran global. Rancangan Induk Perindustrian Malaysia ke-2, 1996 - 2006 (IMP2) telah menunjukkan dengan jelas penekanan terhadap teknologi sebagai salah satu lima elemen penting bagi asas ekonomi, selain sumber manusia, infrastruktur fizikal, peraturan dan prosidur pentadbiran sokongan dan, insentif, bisnes dan perkhidmatan sokongan bisnes (MITI, 1996

    Similar works