research

Menangani penetrasi budaya hedonisme di kalangan mahasiswa: satu penyelesaian menurut perspektif islam dan kaunseling

Abstract

Kesan daripada pengaruh globalisasi yang melanda negara kita telah turut sama memberi impak yang cukup besar kepada penularan gejala sosial yang berselindung disebalik fahaman hak asasi manusia, ‘realease tension’ dan bermacam-macam lagi alasan untuk menghalalkan tindakan mereka. Justeru kertas kerja ini akan memaparkan apakah perbezaan tanggapan budaya hedonisme pada kaca mata Barat dan di kaca mata Islam?. Selain itu, kajian menerusi rujukan perpustakaan dan juga bersandarkan literature akan mengenalpasti punca dan impak budaya hedonisme ini di kalangan masyarakat khususnya para mahasiswa. Paparan sesi kaunseling bersama mahasiswa berkaitan penglibatan mereka dengan budaya hedonisme juga akan diketengahkan. Kertas kerja ini juga akan memaparkan bagaimana budaya hedonisme ini boleh dirawat dengan menggunakan pendekatan Islam. Oleh itu, saranan menerusi literature kitab-kitab Islam akan digunapakai untuk menjawab persoalan tersebut. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan melihat sejauhmanakah perkhidmatan kaunseling membantu membendung budaya hedonisme ini menular di kalangan mahasiswa

    Similar works