research

Kemahiran generik ke arah pengukuhan modal insan kelas global

Abstract

Tidak dapat dinafikan, kemajuan negara amat bergantung kepada pembangunan dan kekuatan ilmu rakyatnya. Maka dengan itu, RMK 9 memberikan penekanan kepada pembangunan modal insan agar wujud tenaga kerja yang memiliki minda kelas pertama termasuk pemikiran yang berkualiti dan berkemahiran (Chua Soi Lek, 2006).Pada suku tahun pertama 2004, dilaporkan bahawa kirakira 50,000 siswazah yang sebahagian besarnya daripada lulusan sains sosial dan sastera masih menganggur (Utusan Malaysia, 29/4/2004). Jumlah ini kian meningkat pada tahun 2005. Menurut Menteri Sumber Manusia, fenomena ini wujud kerana siswazah kurang menguasai kemahiran generik terutamanya kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir dan memberi pandangan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran melihat sesuatu secara holistik. (Utusan Malaysia 18/5/2004). Para majikan pula tidak memandang kecemerlangan akademik semata-mata sebagai syarat laku kerja. Di sinilah kemahiran generik menjadi semakin penting dan menjadi nilai tambah kepada individu dalam memasarkan dirinya di pasaran kerja. Kertas ini akan membincangkan senario semasa dan kepentingan kemahiran generik dibekalkan kepada siswazah, selain daripada pengetahuan merentas kurikulum yang selama ini diamalkan oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi, bagi memenuhi kehendak pasaran kerja. Kertas ini juga akan memaparkan dapatan kajian yang dilakukan ke atas 220 syarikat di Malaysia mengenai keutamaan kemahiran generik yang diperlukan bagi graduan jurusan pemasaran, maritim, polisi awam dan perakaunan

    Similar works