research

Potensi pelancongan di Matu-Daro, Sarawak: persepsi komuniti lokal

Abstract

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada ekonomi negara dan pembangunan setempat. Pembangunan pelancongan di sesebuah kawasan memberikan impak positif terhadap komuniti lokal itu sendiri menerusi penglibatan secara langsung dan tidak langsung iaitu dapat meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat. Justeru itu, pengenalpastian potensi pelancongan di sesebuah kawasan dapat membantu mewujudkan pelbagai peluang pembangunan menerusi industri pelancongan di kawasan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi komuniti lokal Melanau mengenai potensi pelancongan di kawasan Matu-Daro, Sarawak. Kaedah tinjauan melalui temubual berdasarkan satu set kaji selidik terhadap 150 orang responden di daerah Matu-Daro. Hasil kajian mendapati tiga jenis pelancongan yang berpotensi di perkembangkan iaitu pelancongan warisan dan kebudayaan, agro-pelancongan dan ekopelancongan. Potensi pelancongan warisan dan kebudayaan boleh diperkembangkan dengan adanya Rumah Panjang Melanau Islam yang tertua di dunia, Makam Orang Kaya Segunim, dan Pesta Kaul. Seterusnya agropelancongan menerusi pengusahaan pembuatan sagu dan penanaman padi yang dijalankan secara tradisional. Ekopelancongan juga boleh diketengahkan iaitu keunikan kawasan hutan paya bakau dan menyelami nilai estetika di Sungai Rajang. Secara kesimpulannya, Daerah Matu-Daro mempunyai potensi untuk dikomersilkan menerusi sektor pelancongan

    Similar works