research

Melokalisasikan urus tadbir pengagihan zakat: peranan Institusi Masjid di Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kemungkinan melokalisasikan urus tadbir pengagihan zakat sebagai penyelesaian alternatif kepada masalah pengagihan zakat di Malaysia dan seterusnya meneliti peranan institusi masjid untuk melaksanakannya. Kaedah lokalisasi melibatkan proses desentralisasi kuasa memungut dan mengagih zakat dan menyerahkan tugas memungut zakat kepada amil dan kakitangan institusi zakat di sesuatu mukim untuk diagihkan kepada asnaf di mukim tersebut. Namun begitu kejayaan perlaksanaan konsep lokalisasi perlu ditinjau dari sudut peranan institusi masjid sebagai institusi Islam yang paling hampir dengan masyarakat Islam setempat. Beberapa pembolehubah diuji menganalisis persepsi amil dan penerima zakat terhadap institusi masjid, terutamanya dalam memartabatkan peranan institusi masjid dari sudut pengurusan zakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara peranan masjid dengan cadangan lokalisasi pengagihan zakat, dan pengaruh peranan masjid terhadap cadangan lokalisasi adalah sangat ketara dan signifikan. Beberapa implikasi dasar dan cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini

    Similar works