Liberalisasi kewangan dan kecekapan kos perbankan Islam dan konvensional: Pendekatan analisis sempadan stokastik

Abstract

Kertas ini menganalisis kecekapan bank komersial di Malaysia semasa proses liberalisasi kewangan menggunakan analisis sempadan stokastik dengan tumpuan kertas adalah terhadap kecekapan bank islam asing dan bank konvensional yang mempunyai subsidiari bank islam. Keputusan menunjukkan bahawa bank konvensional domestik yang menjalankan operasi perbankan islam mempunyai teknologi yang menjimatkan kos berbanding bank-bank lain,. Walau bagaimanapun, bank islam asing yang agak baru beroperasi mungkin memerlukan lebih masa lagi untuk bersaing kerana didapati kurang cekap, Manakala bank konvensional yang mempunyai subsidiari bank islam pula tidak menunjukkan kesan pembaikan kecekapan bagi tempoh sampel.Oleh itu dasar kerajaan untuk meningkatkan kecekapan bank diMalaysia terutama bank domestik melalui kemasukan bank islam asing dan kemunculan bank islam subsidiari bagi tempoh sampel masih lagi belum tercapai bagi tempoh sampel

    Similar works

    Full text

    thumbnail-image