research

Tinjauan kesan fasiliti kediaman bertingkat terhadap amaun dana pengurusan

Abstract

Perumahan merupakan tajuk perbincangan yang tidak pernah luput dari pemikiran rakyat dan juga pemimpin negara kita. Perubahan keinginan rakyat untuk tinggal di kawasan kediaman tinggi berbanding perumahan berteres telah meransang lagi pembinaan unit perumahan tinggi oleh pihak pemaju. Setiap kawasan kediaman tinggi memerlukan sebuah badan untuk menguruskan harta hak milik bersama seperti kemudahan-kemudahan serta fasiliti yang tersedia. Badan yang bertanggungjawab ini ialah pihak Perbadanan Pengurusan. Pelbagai masalah dihadapi oleh pihak Perbadanan Pengurusan dalam menguruskan hal ehwal penduduk dan kawasan kediaman tinggi termasuklah keengganan penduduk menjelaskan dana pengurusan yang merupakan sumber kewangan kepada kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti kediaman mereka. Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan amaun sebenar dana pengurusan yang perlu dikenakan kepada penduduk mengikut fasiliti yang ada dalam kawasan perumahan mereka supaya penduduk tidak lagi keliru dan kurang jelas terhadap aliran wang dana pengurusan tersebut

    Similar works