research

Sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Abstract

Sikap terhadap pembelajaran bahasa pula dikenal pasti mempengaruhi proses pembelajaran. Kajian ini meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merangkumi dua aspek iaitu sikap terhadap pengajaran bahasa dan sikap terhadap bahasa Arab. Objektif kajian adalah untuk meneroka sikap pelajar dari segi kognitif, afektif dan konatif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan 21 temu bual, iaitu 13 siri temu bual bersama pelajar dan lapan siri temu bual bersama pensyarah. Pemilihan pelajar dibuat dengan mengambil kira faktor latar belakang pengalaman bahasa Arab dan gugusan fakulti pelajar. Data temu bual yang diperolehi telah ditranskripkan secara verbatim dan diproses menggunakan perisian NVIVO7 bagi mewujudkan tema yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi kognitif, semua pelajar menyatakan kepentingan bahasa Arab walaupun sebahagian mereka lebih mementingkan subjek yang lain. Persepsi pelajar dari segi kesukaran pula bergantung kepada tahap pengalaman mereka yang terdahulu. Dari segi afektif, semua pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap bahasa Arab, cuma pelajar yang tiada asas menyatakan rasa tidak selesa dengan keadaan kelas yang mencampurkan antara pelajar yang ada asas dengan yang tiada asas. Dari segi konatif, pelajar menunjukkan ketekalan mereka dalam pembelajaran dan ingin terus mempelajarinya pada masa-masa akan datang. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengajaran yang digunakan perlu sesuai dengan latar belakang pengalaman pelajar. Pendekatan yang sesuai penting kerana ia mempengaruhi pembentukan sikap pelajar seterusnya memberi kesan terhadap prestasi pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab

    Similar works