unknown

Kaedah pengajaran dan pembelajaran asas Jawi bagi kanak-kanak prasekolah / Norizan Mat Diah and Nor Azan Mat Zin

Abstract

Kurangnya penggunaan tulisan Jawi dan tanggapan bahawa Jawi sukar dipelajari membuatkan generasi muda kini mula melupai tulisan ini. Kemahiran menulis Jawi bagi kanak-kanak sepatutnya bermula pada peringkat prasekolah. Kanak-kanak lingkungan usia ini boleh membentuk huruf asas Jawi dan juga mampu membaca sebahagian suku kata asasnya. Walaupun tulisan Jawi telah lama wujud di negara kita, namun kajian mengenai proses menulis huruf Jawi dan kaedah melatih kemahiran tersebut masih kurang. Berpandukan kajian lepas berkaitan tulisan lain seperti tulisan Rumi, Cina dan India, proses menulis huruf asas Jawi telah dapat dikenal pasti. Dapatan soal selidik terhadap guru turut mengesahkan proses yang telah dikenal pasti. Proses menulis huruf Jawi ialah menyurih, menyalin dan mencetak huruf. Kaedah latihan pula adalah secara pengulangan, memberi maklum balas dan aktiviti pengukuhan. Kesemua proses dan aktiviti yang dikenal pasti merupakan elemen penting dalam pendidikan menulis huruf Jawi bagi kanakkanak prasekolah

    Similar works