research

Pendekatan dan Perkaedahan Pengajaran Kesusasteraan KBSM: Cabaran-cabaran Kepada Guru Kesusasteraan

Abstract

Reformasi di dalam pendidikan yang telah berlaku di dekad mutakhir telah mengubah tentang falsafah, pendekatan dan kaedah mengajar. Penegasan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berhasrat mahu "mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan", di samping penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dengan matlamat-matlamat yang amat jitu dan ideal, menuntut pendekatan mengajar dalam mata pelajaran dengan mengutamakan "strategi-strategi pengajaran yang berunsur penyelesaian rnasalah atau inkuiri untuk membina kemampuan berfikir, menimbang dan membuat keputusan yang saksama"

    Similar works