research

Peranan kepimpinan transformasi terhadap motivasi pekerja di sebuah kerajaan tempatan di Johor

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan di antara gaya kepimpinan transformasi penyelia terhadap motivasi pekerja di salah sebuah kerajaan tempatan di Johor. Berdasarkan kajian lepas, gaya kepimpinan ketua memberi pengaruh yang signifikan kepada motivasi pekerja di tempat kerja. Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Borang soal selidik tersebut mengandungi tiga bahagian utama iaitu Bahagian A (Latar Belakang Responden), Bahagiab B (Kepimpinan Transformasi) dan Bahagian C (Motivasi Pekerja). Responden kajian telah dipilih secara persampelan rawak mudah iaitu seramai 75 orang daripada salah sebuah kerajaan tempatan di Johor. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi mempunyai hubungan yang positif dan signifikan kepada motivasi pekerja (r=0.658). Ia bermaksud peranan ketua yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi dikenalpasti mampu meningkatkan motivasi pekerja untuk bekerja

    Similar works