research

Pembelajaran terarah kendiri melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah: pola kajian berkenaan beberapa artikel terpilih

Abstract

Pembelajaran terarah kendiri merupakan antara elemen penting dalam implementasi pendekatan pembelajaran berasaskan masalah. Sehubungan itu, sebanyak tujuh artikel dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu melalui pengkalan data ISI Web Of Science. Artikel-artikel tersebut dianalisis dalam menjawab tiga persoalan kajian iaitu (i) Apakah pemilihan sampel bagi kesemua kajian? (ii) Apakah pemilihan reka bentuk kajian yang digunakan dalam kesemua kajian?(iii) Apakah persamaan dan perbezaan intipati dan dapatan bagi kesemua kajian?Melalui analisis yang dijalankan didapati sebahagian besar kajian menggunakan reka bentuk kajian kes dan reka bentuk kajian eksperimen. Selain itu, pemilihan sampel bagi kebanyakan kajian tertumpu kepada pelajar jurusan perubatan serta fokus atau isu yang diketengahkan adalah dalam melihat faktor dan kesan implementasi pendekatan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pembelajaran terarah kendiri

    Similar works